Akhirnya dia memutuskan hendak berhijrah ke Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas menghantar suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik sahaja kafir-kafir musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada mereka:"Kamu semua tahu yang aku ini pemanah yang lebih handal daripada kamu. Selagi ada anak panah pada ku selama itulah kamu tidak dapat menghampiri aku.
Apabila habis anak panah ku aku akan menggunakan pedang aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang kutinggalkan di Mekah dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."
Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya disimpan. Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan dengan perbuatan Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah dan Allah itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."
Pada ketika menerima ayat ini Nabi Muhammad s.a.w.. berada di Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik sungguh, Sohaib."
Sohaib Bercerita.
“Pada suatu hari Nabi S.A.W sedang makan buah tamar dan aku pun menyertainya. Pada masa itu sebelah mataku sedang sakit-sakit. Rasulullah berkata:
“Hai Sohaib, engkau memakan buah tamar ini sedangkan mata engkau sakit.” :
“Tetapi saya memakannya dengan mengunakan mata saya yang sihat, ya Rasulullah”,
Jawab saya.
Nabi S.A.W geli hati mendengar jawapannya itu.
Sohail adalah seorang yang pemurah dan dia membelanjakan wangnya untuk keperluan orang lain. Pernah Umar mengatakan mengatakan kepada Sohaib yang ia seorang yang pemboros.
Dia menjawab;
“Tetapi saya membelanjakan dimana-mana yang perlu sahaja”
Apabila Umar hampir-hampir mati, dia meminta supaya solat jenazahnya dipimpin oleh Sohaib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan