Jumaat, 10 Jun 2011

Siapa Sahabat R.A

Sahabat.


Sahabat adalah orang yang dapat berjumpa Rasulullah S.A.W (bukan dalam mimpi), beriman dengannya dan menerima Islam sebagai anutannya serta mati dalam keadaan ia beragama Islam.


Ayat Al Quran dan Hadith tentang kemuliaan Sahabat.


"Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang beserta dengannya adalah tegas terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dan bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kukuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh diantara mereka keampunan dan pahala yang besar."
(S48: 29)


"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk Islam) diantara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Iaitu kemenangan yang besar."
(S9:100)


Didalam ayat Al Quran diatas, Allah telah memuji para Sahabat dan menyatakan kesukaanNya terhadap para Sahabat. Antara hadith lain tentang kelebihan Sahabat adalah:


1- "Sahabatku Umpama Bintang Di Langit, Barang Mengikut Salah Satu Diantara Mereka, Nascaya Akan Mendapat Petunjuk".


2- "ikutilah Abu Bakar dan Umar dikala daku tiada bersama kamu lagi"


3- "Persamaan yang ada pada diri Sahabat adalah seumpama persamaan bintang-bintang (sebagai panduan). Barangsiapa mengikuti mereka, mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus)


4- "Persamaan yang ada pada para Sahabat (dikalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tak ada kelazatan dalam makanan tanpa garam."


5- "Berwaspadalah (dari menggerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna berdengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka membenci akan aku dan sesiapa membenci akan daku bermakna ia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya."


6- "Janganlah sekali-kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang-orang datang sesudah sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama seperti Gunung Uhud namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan satu atau setengah mudd dari biji-bijian sahaja".
*satu mudd sama dengan 1 3/4 paun.


7- "Keatas sesorang yang mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para malaikat serta sekelian manusia yang ada di bumi ini. Samada Solat Fardu maupun Solat Nafilnya tidak diterima oleh Allah"


8- "Selepas para Nabi, Allah telah mengutamakan para Sahabat meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia lebih mengutamakan empat dari para Sahabatku yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali."


9- "Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukan itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu.Wahai manusia! Allah telah mengumumkan keampunannya bagi kesemua dari mereka yang menyertai Uhud dan yang bersumpah setia kepadaku di Hudaibiyah. Wahai Manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para Sahabatku khasnya mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka kalau-kalau mereka mengadu mengenaimu pada Hari Pengadilan dimana dikau pasti tidak terampun"


10- "Berilah penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada didalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajibanNya kepada sesiapa yang tidak mempunyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila-bila masapun."


11- "Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi pelindung bagi mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku."


12- "Seorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan Sahabatku akan dapat menghampiriku ketika daku berada di Kauthar nanti, manakala orang tidak mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan